TERBARU!!! Artis Wanita Popular Terbakar Selepas Bertengkar Dengan Rakan Sendiri

Ahli penyanyi kumpulan wanita SNH48 cedera dan kini dirawat selepas tubuhnya disambar api di sebuah kedai kopi di sini, lapor ShanghaiDaily.

Polis daerah Baoshan mengesahkan insiden tersebut dan berkata seorang wanita disambar api di sebuah kedai kopi berdekatan Boashan Wanda Plaza pada jam 7.45 petang dan dia kini berada di hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa disahkan sebagai Tang Anqi berusia 24 tahun yang merupakan salah seorang ahli kumpulan popular SNH48, menurut syarikat pengurusan selebriti itu.

Polis berkata, wanita itu dikatakan bertengkar dengan seorang rakan wanitanya ketika api yang dinyalakan melalui pemetik api menyambar pakaiannya.

Mangsa dilaporkan memakai kot dan stoking sutera semasa insiden. Api kemudian berjaya dipadamkan olah pekerja kafe dan Tang kemudiannya dihantar ke hospital.

Sementara itu pengurus kedai, Wen berkata, tiada siapa tahu apa yang terjadi kerana semua pekerja berada di tingkat bawah kedai manakala mangsa bersama rakannya berada di tingkat dua kedai.

"Dia dilihat tidak berada dalam mood yang baik dan menambah dua pelanggannya itu tidak merokok malah tidak memesan makanan yang memerlukan pekerja menggunakan pemetik api," katanya lagi.

Tang bergegas turun kebawah ketika disambar api dan menjerit meminta pertolongan. Dalam pada itu, syarikat pengurusan SNH48 berkata dalam laman sosial Weibo, Tang memerlukan sejumlah besar darah dan memohon orang ramai untuk tampil menderma.


Hospital Changhai di mana selebriti itu dirawat bagaimanapun tidak mendedahkan keadaan terkini mangsa. Polis masih membuat siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Back To Top